Koloborasi ‘Smart City’ Kukuhkan Hubungan Malaysia-Korea Selatan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin hari ini mengalu-alukan kunjungan hormat Duta Korea Selatan, H.E Lee Chi Beom yang ditemani Cik Ahn Jin Ae dan Cik Jee Eun ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
YBM Hajah Zuraida berkeyakinan tinggi bahawa KPKT dan Korea Selatan akan mampu memperkukuh lagi hubungan dua hala, khususnya dalam aspek ‘Smart City’.
Jalinan kerjasama ini telah pun terpamer melalui dua projek iaitu ‘Smart Waste Management’ dan ‘Smart New Township Development’ di Kota Kinabalu, Sabah.
YBM Hajah Zuraida turut mengambil kesempatan berkongsi dengan delegasi Korea Selatan tentang kaedah kawalan yang diambil kedua-kedua negara bagi membendung pandemik Covid-19.
_PPI
