Mahkota La Liga Kembali Ke Kota Madrid

Dua jaringan Karim Benzema di setiap babak telah menghadiahkan Real Madrid kejuaraan La Liga buat kali ke-34 selepas Los Blancos berjaya menundukkan Villareal 2-1 pada aksi yang berlangsung di Alfredo Di Stefano, sebentar tadi.

Lebih manis kejayaan itu juga turut menamatkan penguasaan musuh tradisi, Barcelona yang mendominasi saingan liga bagi dua musim terakhir walaupun aksi berbaki satu perlawanan.

Sedar kemenangan bakal merealisasikan impian untuk muncul juara liga, Real Madrid mempamerkan corak permainan baik sejak dari awal permainan.

Meskipun pada 10 minit awal pasukan pelawat lebih banyak mengawal permainan, skuad bimbingan Zinedine Zidane itu masih mampu memberikan ancaman buat Villareal.

Dani Carvajal mendapat peluang seawal minit keempat apabila larian derasnya berjaya melepasi kawalan pertahanan, tetapi beliau hanya memilih untuk melakukan percubaan lambung yang menyaksikan penjaga gol, Sergio Asenjo tidak berdepan sebarang masalah menangkap bola hasil cubaan tersebut.

Selepas itu, giliran percubaan padu diledakkan Karim Benzema pada minit ketujuh dan Luka Modric berselang 10 minit kemudian pula dinafikan penjaga gol berusia 31 tahun itu.

Benzema akhirnya berjaya meletakkan nama selaku penjaring pada minit ke-29 apabila percubaannya selepas mendapat umpanan daripada Modric berjaya melepasi celah kaki Asenjo untuk membuka tirai jaringan.

Sedar kelebihan satu jaringa masih belum cukup untuk melakarkan kemenangan, Los Blancos menggandakan asakan dan dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan pertahanan Villareal terhadap Sergio Ramos.

Benzema yang mengambil sepakan pada minit ke-77 tidak berdepan masalah untuk melebarkan kedudukan walaupun Asenjo sudah dapat membaca arah sepakannya. Gol tersebut juga merupakan jaringan ke-21 buat Benzema pada musim ini.

Real Madrid terus menggandakan asakan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-82 tetapi rembatan padu diledakkan Toni Kroos sekadar singgah di palang gol.

Seminit kemudian, Villareal merapatkan kedudukan apabila tandukan Victor Iborra selepas mendapat hantaran daripada Mario Gaspar gagal dihalang Thibaut Courtois.

Bagaimanapun jaringan tersebut tidak mampu untuk menghalang kejayaan bermakna buat Real Madrid untuk dinobatkan secara rasmi sebagai juara La Liga 2019/20.

Sumber : Semuanya Bola

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: