Sebagai orang no 2 Bersatu, Faizal mahu kukuhkan Muhyiddin

Ahmad Faizal Azumu merupakan calon tunggal bagi jawatan timbalan presiden Bersatu.

Hampir pasti Bersatu akan menyaksikan gandingan baru bagi dua jawatan tertingginya, dengan Ahmad Faizal Azumu bakal menjadi orang nombor dua kepada presidennya Muhyiddin Yassin.

Ia selepas menteri besar Perak diumumkan sebagai calon tunggal bagi kerusi timbalan presiden oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu.

Mengulas perkara itu, Faizal berkata akan menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin terutama dalam memberi kekuatan kepada Muhyiddin.

“Harapan saya sewaktu menawarkan diri bertanding adalah untuk memberi kerjasama kepada presiden.

“Ini adalah satu amanah. Apa yang penting, persiapkan parti untuk menghadapi apa jua termasuk pilihan raya, perkuatkan parti dan beri kekuatan kepada presiden dalam mentadbir kerajaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu hari ini, JPP Bersatu turut memaklumkan Muhyiddin menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden juga atas dasar sebagai calon tunggal.

Pengerusi JPP Syed Hamid Albar berkata keputusan rasmi pemilihan hanya akan dibuat selepas selesai semua mesyuarat Bahagian Bersatu yang dijangka pada Ogos ini.

Sebelum ini, dua bekas pemimpin Bersatu iaitu Mukhriz Mahathir dan Marzuki Yahya masing-masing bertanding bagi jawatan presiden dan timbalan presiden, menjanjikan pertembungan antara kumpulan bekas pengerusi Dr Mahathir Mohamad dengan Muhyiddin.

Bagaimanapun mereka telah disingkir daripada parti bersama-sama Mahathir dan beberapa pemimpin lagi. Penyingkiran itu kini dicabar di mahkamah.

Ditanya berkenaan sama ada Bersatu akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Slim yang bakal diadakan, Faizal berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) terlebih dulu.

“Dalam gabungan, kita akan berbincang perkara itu di antara parti komponen.

“Bila masanya sampai, kita akan membuat keputusan dan setelah itu semua parti komponen akan menyokong siapa yang dipilih,” katanya lagi.

Adun Slim Mohd Khusairi Abdul Talib., 59, disahkan meninggal dunia 15 Julai lalu di Hospital Bentong akibat serangan jantung. Bersatu bertanding mewakili PH di kerusi DUN itu pada PRU lalu.

Sumber : Malaysia Kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: