Teori Kamal Hatta: PKR jadikan bekas ahli sebagai musuh politik.

Sebenarnya banyak isu yang aku nak tulis tetapi sejak PKR jadi ‘parti huru hara’ selepas pemilihan parti dua tahun dulu, PKR sudah cenderung menjadikan bekas-bekas ahli parti dan wakil-wakil rakyat yang keluar PKR sebagai musuh politik.

PKR sudah mulai hilang dinamik politik, jika dulu sejak tahun 1999 parti ini kental melawan Umno-BN. Semangat melawan ditanam dalam tiap hati ahli-ahli PKR. Slogan ‘Lawan Tetap Lawan’ adalah api dorongan kepada inspirasi perjuangan.

Anwar Ibrahim dan gerombolan Kupai (kumpulan pembodek Anwar Ibrahim) ketika ini lebih gentar dan takut kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Rakyat pun nampak hal sama macam yang aku nampak ini.

Gerombolan Kupai lebih fokus untuk membunuh karektor politik dan kredibiliti Azmin & Zuraida. Kau orang fikir, kalau Anwar dan PKR tak goyang takkan mereka gigih serang Azmin-Zuraida melalui kerahan macai-macai cyber.

Hasrat ‘murni’ gerombolan Kupai untuk menyingkirkan Azmin & Zuraida telah termakbul, Anwar termasuk Pudin Jerawat Batu sangat gembira.

Sebaliknya, Azmin & Zuraida lebih terkedepan daripada Anwar dan PKR. Satu persatu ahli-ahli PKR di seluruh negara umum keluar parti secara berani dan terang-terangan tanpa sembunyi. Rupa-rupanya PKR terus kelam kabut buat kempen ‘Sertai PKR’. Tuhan nak tunjuk bahawa Pudin Jerawat Batu sebagai pembongak besar. Keluar 100 masuk 10 ribu. Apa maknanya itu?

Maknanya PKR makin hilang kepercayaan dan sokongan ahli-ahli akar umbi. Ramai yang sukarela keluar PKR. Dulu mana-mana ahli atau pimpinan yang keluar parti akan dikaitkan dengan Umno-BN. Sekarang dah lain. Anwar jadi kebencian majoriti ahli PKR. Setakat budak-budak baru masuk politik, bolehlah kena kencing.

PKR sekarang sibuk nak menamakan Anwar sebagai calon PM9 pula. Aku ramal mungkin Anwar juga akan jadi calon PM10 juga. Kau orang nak gelak silakan. Free of charge.

Mereka juga sibuk nak memantau ahli-ahli akar umbi untuk dilabelkan samada ‘pro-Anwar’ atau ‘pro Azmin-Zuraida’. Begitu dasyhat dan jatuh taraf PKR sekarang. Najib dan BN bukan lagi musuh utama PKR.

Tapi kita tengok perkembangan semasa, PKR berani atau tarik diri untuk masuk bertanding di Slim, Perak. Sebelum ini PKR tarik diri bertanding di Chini.

PKR sudah jadi parti ‘flip flop’. Azmin dan Zuraida terus bergerak membina politik baru seterusnya. Aku meramalkan lagi PKR bakal ghuyub PRU15 nanti. Kau orang nak gelak silakan. Free of charge.

Artikel ini adalah tulisan penulis tidak berkaitan dengan PPI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: