Cadangan Wujudkan Agensi Persekutuan Untuk Pengurusan Cekap Strata
YB Zuraida Kamaruddin hari ini menghadiri Sesi Dialog Bersama Persatuan Penduduk dan JMB Ukay Perdana untuk membincangkan tentang masalah pengurusan strata di kawasan setempat.
Sebanyak 11 JMB dan persatuan penduduk terlibat dalam sesi dialog ini. Antaranya Sri Hijauan, Sri Baiduri, Sri Kayangan, Sri Raya, Springville dan Sri Impian.
Dalam sesi ini, setiap JMB mengambil peluang untuk menyatakan masalah dan mengusulkan cadangan kepada YB Zuraida.

YB Zuraida turut menekankan bahawa KPKT sedang dalam usaha untuk mewujudkan satu agensi besar di peringkat persekutuan agar pengurusan strata lebih cekap.
Malah, dasar pengurusan rumah strata di bawah Pengurusan Bangunan (COB) sedang dikaji semula agar segala bentuk pengurusan dapat digabungkan dan mudah untuk dikawal selia.
Turut hadir adalah wakil MPAJ, COB, Pejabat Parlimen Ampang, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tuan Mohd Zamry Sulaiman dan Setiausaha Politik Tuan Nor Hizwan Ahmad agar setiap isu yang timbul dapat diselesaikan secepat mungkin.

_PPI