#Komuniti | PKN Labuan Anjur Program Derma Darah
Menyahut seruan dan semangat Dasar Komuniti Negara, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan program derma darah dengan koloborasi bersama Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Program berlangsung di Kompleks Ujana Kewangan WP Labuan melibatkan 50 orang awam yang menderma darah.

Selain memupuk semangat kesukarelawan, program inisiatif PKN WP Labuan ini dapat mewujudkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dengan masyarakat awam khusus dalam khidmat sosial.
_PPI
