Komuniti | Gunting Rambut ‘Back To School’ Bantu Usahawan Muda
19 Julai, Labuan Menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka, Pemuda Negara Labuan telah mengadakan program gunting rambut ‘kembali ke sekolah’ hari ini.
Program kemasyarakatan ini dijalankan dengan kerjasama Island Barbershop, sebuah perniagaan gunting rambut dimiliki oleh usahawan muda.

Seramai 77 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai program yang berlangsung dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.
Selain sebagai sumbangan kepada komuniti, ia turut membantu memperkenalkan perniagaan oleh usahawan muda kepada masyarakat.
#KitaJagaKita
#DasarKomunitiNegara
#PerikatanNasional
_PPI
