PRK Slim: Umno akan letak calon, yakin PAS dan Bersatu bagi laluan

“Kita tak akan berlawan satu sama lain, ‘kartunlah’ kalau berlawan sesama sendiri,” kata Tajuddin.

Umno yakin rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) akan memberi laluan kepada BN untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata, kerusi berkenaan secara tradisinya milik Umno dan pasti akan dipertahankan parti.

“Kawasan itu kawasan Umno besar kemungkinan Umno letak calon. Bila Umno letak calon PAS tak akan letak calon, sudah ada muafakat.

“Kalau Umno tanding PAS tak bertanding dan begitulah kalau PAS tanding Umno tak tanding, itu telah dipersetujui,” katanya ketika kepada media lewat malam tadi di Shah Alam.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, Mohd Khusairi Abdul Talib 15 Julai lalu.

Khusairi merupakan Adun Slim selama empat penggal dan pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pemergian allahyarham akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil buat kali ke-12 sejak pilihan raya umum lalu.

Khusairi memenangi kerusi itu pada PRU 2004 dan mempertahannya sebanyak dua kali dengan majoriti selesa.

Bagaimanapun pada PRU 2018, allahyarham mengekalkan kerusi itu dengan hanya 44.8 peratus undi apabila calon Bersatu memperoleh 33 peratus undi dan calon PAS memperoleh 22 peratus undi.

Ditanya sama ada Bersatu akan meletakkan calon ataupun tidak di kerusi itu dalam PRK yang akan diadakan itu nanti, beliau yakin tidak akan berlaku pertembungan sesama sendiri dalam PRK itu kelak.

“Bersatu saya rasa akan menghormati dengan tak akan letak calon dan calon Umno tentu akan dapat sokongan dari parti-parti kerajaan PN.

“Kita tak akan berlawan satu sama lain, ‘kartunlah’ kalau berlawan sesama sendiri,” katanya lagi.

Sumber : Malaysia Kini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: