Komuniti | Jualan Amal Bantu Tingkat Ekonomi Usahawan

Rahmat di sebalik bencana Covid-19 telah mengilhamkan usaha buat YBM Hajah Zuraida Kamaruddin mewujudkan program jualan amal barangan keperluan melalui Pejabat Parlimen Ampang.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat bagi kawalan wabak telah memberi kesan besar kepada gaya hidup masyarakat dan ekonomi.

Situasi tersebut tidak membantutkan ikhtiar gerak khidmat sosial di Ampang. Sejak PKP lalu sudah berlangsung lebih daripada lima siri program ini yang mendapat maklumbalas positif masyarakat setempat.

Baru-baru ini, telah berlangsung program Jualan Amal Brangan Keperluan Asas di Pangsapuri Dato’ Ahmad Razali. Sebanyak 1000KG ikan dan 1000KG sayuran dijual kepada penduduk dikawasan berkenaan dengan harga RM7 yang mengandungi 2Kg ikan dan 2Kg sayuran.

Ini merupakan sebuah program dibawah #DasarKomunitiNegara pemerkasaan kluster 6 dan 7 iaitu Khidmat Sosial dan Keusahawan Sosial yang diperkenalkan oleh YB Zuraida Kamaruddin.

Jangan lihat kepada sudut politik tetapi hayati dalam perspektif sosial, program-program sebegini memberi manfaat kepada masyarakat. Malah ia menggembirakan tiap usahawan terlibat kerana masih boleh berniaga.

Moga rantaian positif kemasyarakatan ini berkesinambungan seterusnya.

#DKN2020
#PerikatanNasional

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: