Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara dicabar.
Sungguh mendukacitakan pada ketika ulangtahun ke-50 Rukun Negara, tindakan segelintir anak muda menconteng lukisan mural Yang Dipertuan Agong dan pimpinan utama negara dengan perkataan ‘babi’ di Shah Alam kelmarin.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang berteraskan lima prinsip utama.
Prinsip kelima ideologi kebangsaan ini iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bertujuan membentuk warganegara Malaysia yang bersopan santun dan bersusila.
Konsep bersopan santun dan bersusila sangat penting dalam membentuk hubungan harmoni masyarakat yang berdisiplin, bermoral tinggi dan beradab.

Sudah tiba masanya kerajaan bertindak serius atas kejadian yang berlaku di Shah Alam itu.
Tindakan serius itu bukan tujuan menakutkan masyarakat tetapi ia wajar menjadi pengajaran buat warganegara menjunjung prinsip Rukun Negara supaya kesopanan adab Bangsa Malaysia tidak dicemari tingkah laku negatif.
_PPI
