Teori Kamal Hatta: PH Pun Khianati Mandat Rakyat

Aku meluat tahap nak muntah dengan gelagat politikus-politikus PH bercerabih tentang mandat rakyat.

Galak sangat mereka tuduh Azmin dan Zuraida ‘mastermind’ menjatuhkan ‘mandat rakyat’. Anwar Ibrahim paling lantang Perikatan Nasional dengan istilah ‘kerajaan pintu belakang’.

Aku nak petik otak kau orang balik, supaya ingat kisah Shafie Afdal naik jadi Ketua Menteri Sabah selepas PH menang PRU14 lepas.

Sebelum kau orang kata aku penipu ke atau pembongak ke, lebih baik kau orang tengok keputusan PRU14 negeri Sabah bawah ini;

Siapa yang menang agaknya bai? Kalau aku tak silap, BN yang berjaya membentuk kerajaan negeri Sabah selepas bergabung dengan parti Star (parti Jeffery Kitingan, dia ini bekas Naib Presiden PKR dulu-dulu).

BN menang 29 dun, bergabung dengan Star yang menang dua dun. Gabungan ini ada angka 31 dun. Ngam-ngam simple majority, sebab Sabah ada 60 kerusi dun.

TYT (kau orang tau apa benda ni?), bahasa Melayu sebut Yang Dipertua Dun Sabah sudah berkenan lantik Musa Aman sebagai KM Sabah. Sah dan diperakui undang-undang tubuh negeri Sabah.

Tau-tau sehari lepas Musa Aman angkat sumpah, empat adun UPKO keluar BN dan kemudian sokong Shafie. Sekejap saja kerja manuver berlaku. Kau orang ingat senang ke adun-adun nak lompat kalau dengan air liur semata? Mesti ada udang di sebalik batu.

Nak cerita prinsip perjuangan konon politikus-politikus PH memang nak muntah, lebih busuk dan loya daripada muntah jin yang Badang telan. Mereka kecam wakil-wakil rakyat lompat parti tapi kejadian di Sabah waktu itu, 10 adun BN lompat masuk Warisan. Ada lagi sembilan sertai Bersatu, yang ini Anwar dengan Nurul Izzah naik bintat sebab mereka tak lompat masuk PKR.

Kalau wakil-wakil rakyat BN lompat PH, halal pada mereka. Kalau lompat selain PH itu adalah salah, haram dan ‘khianati’ mandat rakyat. Puihhhh… hiporkit tahap bangsat. Kemudian sekarang nak tempelak Perikatan Nasional pula.

Kau orang fikir dalam-dalam. Jangan otak bebal akibat percayakan Anwar dan PH. Mereka ini yang paling awal khianati mandat rakyat di Sabah.

Artikel ini adalah tulisan penulis bebas dan bukan pandangan People Post Insider.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: