Konvoi Merdeka@Komuniti: Menyemarakkan Semangat Patriotisma Masyarakat.

25 Julai, Ampang: Wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia umpama peperangan alaf baru yang lebih dasyhat daripada Perang Dunia Kedua. Masyarakat dunia berdepan dengan ‘musuh halus sebesar zarah’ yang berkeupayaan tinggi memusnahkan kehidupan.

Namun secara positif di sebalik kejadian, semangat patriotik atau semangat kenegaraan warganegara kita melonjak apabila setiap golongan rakyat berganding bahu bersama kerajaan melawan Covid-19. Rata-rata masyarakat tidak mempedulikan ‘kehangatan’ politik tetapi mereka menumpu tenaga mematuhi langkah-langkah keselamatan PKP.

Awal pagi ini, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin memulakan flag-off Konvoi Merdeka@Komuniti : Jelajah Parlimen Ampang peringkat negeri Selangor. Ini suatu usaha positif bagi meraikan dan menyemarakkan semangat cinta kepada tanahair Malaysia.

Jelajah ini melibatkan 7 lokasi iaitu
Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Kampung Melayu Ampang, Taman Rasmi Jaya, Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan dan Kg Baru Ampang meliputi 30KM.

Tema sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini ialah MALAYSIA PRIHATIN yang mana kerajaan menzahirkan keprihatinan kepada rakyat demi meningkatkan semula ekonomi negara setelah kita berdepan dengan wabak COVID-19.

Kerajaan sangat prihatin untuk membangunkan semula dan menjana ekonomi rakyat demi kesejahteraan semua. Konsep “Kita Jaga Kita” menerapkan peranan semua pihak memainkan peranan sama penting dalam mencegah penularan wabak ini.

Kibarkan jalur gemilang tanda cintakan tanah air!

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: