Sukan | Esok saingan penutup EPL musim ini
Liga Perdana Inggeris musim ini sangat istimewa buat Liverpool meraih kejuaraan EPL setelah liga berehat sementara akibat wabak Covid-19.
Kehebatan The Reds diakui tiap pasukan dalam EPL, sejak awal musim pasukan bimbing Jürgen Klopp memperlihatkan kesungguhan memenangi tiap perlawanan dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah 20 perlawanan berturut.

Esok (26 Julai 2020) menjadi saingan penutup EPL musim 2019/20. Dua pasukan teratas liga iaitu Liverpool dan Manchester City samada menang, seri atau kalah tidak akan mengubah sebarang kedudukan masing-masing.
Manakala dua pasukan bawahan liga, Norwich City dan Bournemouth secara matematik sudah pun tersingkir ke EFL Championship. Samada menang, seri atau kalah, kedua-dua pasukan ini tidak mengubah sebarang kedudukan.
Aston Villa (17) dan Watford (18) berkongsi mata sama. Mereka wajib menang perlawanan esok jika mahu kekal dalam EPL musim depan. Salah satu akan tersingkir ke EFL Championship mengiringi Norwich dan Bournemouth.
Chelsea, Manchester United dan Leicester City akan saling mengejar kedudukan ketiga. Jika Leicester kalah malam esok dan Wolves mampu mengejutkan Chelsea, kedudukan kelima bakal bertukar tempat kepada Wolves. The Red Devils akan sedaya upaya mengungguli saingan akhir untuk kekal di tangga ketiga liga.

Pasukan-pasukan yang berada di kedudukan ketujuh hingga 16 liga akan memperbaiki kedudukan masing-masing. Semua pasukan dalam kelompok ini boleh ditakrifkan sebagai kekal selamat dan bakal meneruskan saingan EPL musim 2020/2021.
Juara EFL Championship musim ini, Leeds United bakal menjadi pasukan baru di EPL musim depan.

Manakala empat lagi pasukan EFL Championship iaitu West Brom (2), Brentford (3), Fulham (4) dan Cardiff City (5) bakal bersaing dalam pusingan penentuan layak ke EPL. Hanya dua pasukan yang akan berpindah ke EPL dalam pusingan tersebut.
_PPI