Boleh balik kampung sambut Aidiladha, Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

“Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena jaga kita. Kita kena pastikan diri kita terjaga dengan mematuhi setiap SOP dikeluarkan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh pejabat agama daerah dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, had itu tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

“Jumlah kehadiran ketika ibadah korban hanya dihadkan kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan korban.

“Selain itu, jamuan makan di tapak korban tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus. Bagi jamuan di rumah, tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: