Kampung Baru (Sinchun) Terima Peruntukan Kesejahteraan RM100,000
Limpahan kesejahteraan yang pernah diumumkan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin sebelum ini turut melibatkan kampung-kampung baru Cina yang juga dikenali sebagai ‘sinchun’.
Terdapat sejumlah 613 Kampung Baru di seluruh negara dan setiap satunya mendapat peruntukan sebanyak RM100,000.

Hal tersebut telah disampaikan semasa beliau merasmikan Perpustakaan Pei You di Kg Baru Salak Selatan.
Beliau menyatakan bahawa peruntukan RM100,000 yang diterima oleh Kampung Baru berkenaan telah digunakan untuk menaik taraf bangunan dan membina perpustakaan untuk kegunaan komuniti setempat.
Perpustakaan Kg Baru Salak Selatan boleh dijadikan model contoh kepada Kg Baru yang lain yang terdapat di Wilayah Persekutuan.
Limpahan kesejahteraan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini melangkaui sempadan ideologi politik dan kaum yang mengutamakan kepentingan rakyat.
_PPI