Teori Kamal Hatta: PKR dilanda ‘Arrogant of Power’

PKR yang 22 tahun dulu tak sama dengan PKR sekarang. Belum cukup dua tahun Anwar Ibrahim menjadi presiden parti, PKR sudah melalui proses kehancuran.

Era ‘Reformasi’ dulu, aku pun turun gelanggang ikut serta demo di Kuala Lumpur. Dulu aku dan kawan-kawan era reformasi turun melawan regim Mahathir. Kita bantah ketidakadilan yang dia buat ke atas Anwar waktu itu. BN sangat angkuh. Aku sebut BN dilanda ‘Arrogant of Power’.

Selepas PKR mengepalai kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 hinggalah menang PRU14 tumbangkan BN, aku dah nampak parti ini mulai dilanda ‘Arrogant of Power’ semacam BN. Lebih-lebih lagi apabila PH dijatuhkan 29 Febuari lepas.

Anwar sudah ‘drive’ PKR di Selangor seperti lagak gaya angkuh BN. Kenapa aku sebut begitu?

Kerana Anwar Ibrahim sudah ketakutan dan gusar yang PKR bakal hilang kuasa di Selangor! Cara politik PKR sudah angkuh. Tengok saja di Ampang, mereka pacak ‘billboard’ dengan ayat angkuh ‘Ini Wilayah Keadilan/This is Keadilan Territories’.

Kau orang nampak tak hal yang aku nak sebut ini? Anwar dan PKR sebenarnya takut kepada Azmin dan Zuraida! Dua orang ini yang ada sokongan akar umbi dan mampu buat gerakan tahap nasional berbanding politikus-politikus yang masih ada dalam PKR.

Anwar terlalu takut sampai lantik politikus-politikus yang kalah pemilihan seperti Fuziah Salleh, Saifuddin Nasution, Johari Abdul sebagai pimpinan PKR. Mereka yang dilantik ini bukan ada kekuatan akar umbi. Kalau keluar PKR pun mereka tak mampu tubuh parti sendiri.

Zuraida memang gila. Dia tak tunggu lama walaupun hanya membuat gerakan tubuh NGO Penggerak Komuniti Negara, PKR dah goyang.

Anwar dan PKR memperlekehkan kekuatan Azmin-Zuraida. Kedua-dua dilabel sebagai pengkhianat dalam siri-siri penerangan PKR kepada anggota-anggota parti. Nampak mereka yang tak boleh ‘move on’. Mereka juga mempertikaikan tiap pengumuman angka anggota yang keluar parti. Siap ada tagline ‘100 keluar, 10 ribu masuk’.

Ini antara tanda besar PKR sudah dilanda ‘Arrogant of Power’. Akibat takut disaingi oleh bekas-bekas pemimpin parti yang kaliber, mereka terpaksa bertindak seperti BN. PKR lebih teruk ‘mencemari’ demokrasi organisasi.

Kalau kau orang fikir Anwar penyelamat Malaysia, wajib kau orang hantuk kepala ke dinding supaya saraf-saraf otak kembali berfungsi dengan betul. Tengok bagaimana huru-hara PKR sejak Anwar menjadi presiden parti.

Rakyat Selangor dulu tolak BN kerana ‘Arrogant of Power’ dan pilih PKR supaya mesra rakyat. Jangan terkejut pada PRU15 nanti, PKR boleh kena tendang dengan undi rakyat.

Artikel ini adalah pandangan dan tulisan oleh penulis bebas. Ia tidak berkaitan dengan PPI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: