Najib bersalah kesemua tujuh pertuduhan

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapai tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” kata Mohd Nazlan.

Susulan keputusan hakim itu, peguam bela tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memohon penangguhan untuk prosiding untuk rayuan sebelum hukuman dijatuhkan kepada Isnin depan.

Namun, permohonan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram yang mengetuai pendakwaan, dengan hujah penangguhan hanya diberikan selepas hukuman diberikan dan bukannya penangguhan bagi sabitan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.

Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Sumber BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: