Penyelaras DUN Tiada Kuasa Menentukan Undang-undang

28 Julai, Seremban: Tindakan Penyelaras DUN Palong di Jempol, Negeri Sembilan mengeluarkan surat pekeliling ‘larangan aktiviti politik pembangkang di aset-aset milik kerajaan Negeri Sembilan’ bertarikh 24 Julai 2020 di bawah kepala surat ‘Pejabat Penyelaras DUN Palong’ telah mendapat perhatian serius beberapa pimpinan politik.

Menurut kenyataan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu, Tang Jayson telah menjelaskan maksud seorang PENYELARAS DUN adalah hanya koordinator kawasan sesebuah DUN di dalam menyampaikan sumbangan dan perkhidmatan kepada sesuatu kawasan DUN bagi pihak kerajaan negeri.

Ia TIDAK membawa KUASA untuk menentukan mana jua undang-undang bagi tujuan mengikat mana-mana pihak.

Menurut Jayson lagi yang juga seorang peguam, kuasa ‘membuat’ atau menggubal undang-undang itu adalah hanya terletak pada Dewan Perundangan Negeri dan DYMM Raja di sesebuah negeri itu (Ke Bawah DYMM Yang DiPertuan Besar untuk Negeri Sembilan) untuk kuasa-kuasa di bawah negeri dan Parlimen Malaysia serta DYMM Yang DiPertuan Agong untuk kuasa-kuasa di bawah Persekutuan Malaysia.

“Tindakan Penyelaras DUN Palong tersebut boleh dikatakan sesuatu contoh ‘Little Napoleon’ yang sangat ketara, yang mengabaikan sistem demokrasi negara dan secara lazimnya adalah sifat kebudak-budakan.” kata Jayson.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: