Zahid minta penyokong UMNO-BN akur keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR – Semua pucuk pimpinan parti di semua peringkat dan ahli-ahli serta penyokong UMNO diminta bertenang serta akur dengan keputusan mahkamah.

Nasihat itu diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan mahkamah terhadap kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bersama pemimpin UMNO dan BN hadir memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi tadi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan kehakiman beliau berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa terhadap tertuduh.

Najib, 66, yang berdepan tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa itu kelihatan tenang tanpa apa-apa reaksi ketika penghakiman itu dibuat.

Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: