Kajian benarkan bomba bawa senjata api – Zuraida

Kerajaan sedang mengkaji pindaan ke atas akta bersesuaian bagi membolehkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa senjata api sebagai perlindungan ketika ini.

Namun pada masa sama, kebenaran itu mungkin hanya diberikan kepada pegawai tertentu sahaja.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tidak ada isu seandainya kajian itu dibuat memandangkan bomba dan penyelamat juga pada dasarnya setara dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ketika ini, Kementerian akan mengkaji pangkat atau aras tertentu yang kita lihat memerlukan penggunaan senjata api untuk perlindungan diri.

“Sebenarnya kajian menyeluruh diperlukan sebelum pindaan akta dibuat kerana penggunaan senjata api ini isu serius,” katanya sebentar tadi.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata demikian selepas lawatanke atas jabatan berkenaan di sini hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang akta yang khusus bagi tangani isu rumah terbelangkalai, kata Zuraida pihaknya sedang melakukan sesuatu bagi membangunkan akta khusus.

“Isu tersebut membabitkan peruntukan yang banyak akta jadinya menyukarkan kementerian untuk ambil tindakan dengan segera.

“Kita sememangya pandang serius isu ini, masalah rumah terbengkalai ini memang mencacatkan pemandangan dan ia membabitkan banyak akta.

“Setakat ini tak ada akta yang khusus menangani perkara itu, jadi kita akan bangunkan dengan mengambil kira semua kelemahan yang ada,” ujarnya.

Ketika bercerita perihal ibadat korban hari ini, kata Zuraida ianya dilakukan hasil gabungan enam jabatan bomba di bawah Zon Hulu Langat berjaya memberi manfaat menerusi agihan daging kepada 6,000 penerima memerlukan.

Jelasnya, aktiviti itu membabitkan penyembelihan 60 ekor lembu oleh keenam-enam balai terbabit iaitu Ampang, Pandan Indah, Bandar Tun Hussein Onn, Semenyih, Kajang dan Hulu Langat. 

Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: