Korban Perdana Merapatkan Hubungan Pemimpin, Bomba dan Masyarakat

2 Ogos Juasseh: Semalam telah berlangsung program Korban Perdana di beberapa negeri yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut melibatkan NGO Penggerak Komuniti Negara beberapa negeri.

JBPM Negeri Sembilan turut sama menganjurkan program ibadah ini yang dijalankan di dua lokasi iaitu di Ibupejabat JBPM Negeri Sembilan, Seremban 2 dan Laman Permai, Juasseh di Kuala Pilah.

Korban Perdana di Negeri Sembilan sangat istimewa kerana dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga Bomba Malaysia.

Manakala di Juasseh selain kehadiran Hajah Zuraida, program diimarahkan lagi dengan kehadiran Menteri Kanan YBM Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Menteri Kerjaraya, YBM Dato Eddin Syazlee Shith yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Hajah Zuraida menghargai penglibatan Bomba Malaysia menjayakan Korban Perdana dan memuji disiplin kerja anggota-anggota bomba mengendali dan menguruskan proses korban.

Daging-daging korban melalui program ini telah diagihkan kepada asnaf-asnaf mengikut tiap kawasan parlimen. Sebanyak enam ekor kerbau dan dua ekor lembu ditumbangkan untuk Korban Perdana kali ini, tiga ekor kerbau dan dua ekor lembu di Seremban dan tiga ekor kerbau di Juasseh.

Selain menjalankan ibadah korban, program ini turut mendekatkan hubungan antara pemimpin, bomba dan masyarakat.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: