Rencana |Populasi harimau dunia bertambah, namun ancaman kritikal – WWF

NEW DELHI: Populasi harimau di lima negara semakin bertambah, namun haiwan terancam itu masih berdepan ancaman seperti pemburuan haram, kata Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Kerajaan India.

India yang memiliki 70 peratus populasi harimau dunia, adalah antara 13 negara yang berikrar untuk meningkatkan jumlah haiwan itu 10 tahun lalu.

“Daripada populasi terendah dalam sejarah pada 2010, jumlah harimau kembali bertambah di hampir keseluruhan Asia Selatan, Russia dan China,” kata Ketua Inisiatif Harimau Hidup WWF, Stuart Chapman, dalam satu kenyataan sempena Hari Harimau Sedunia, baru-baru ini.

Menurut Chapman, pertambahan populasi harimau di Bhutan, China, India, Nepal dan Russia adalah khabar gembira bagi spesies lain yang turut terancam di habitat masing-masing, serta jutaan individu yang bergantung pada ekosistem itu.

Namun, harimau masih diancam aktiviti pemburuan haram dan kemusnahan habitat, manakala populasi haiwan liar itu sudah berpecah-pecah, yang meningkatkan risiko pembiakan dalam kalangan keluarga terdekat, kata WWF.

“Ancaman ini berada pada tahap kritikal di kebanyakan negara Asia Tenggara, dengan krisis pemasangan jerat mengurangkan jumlah hidupan liar, khususnya harimau dan makanannya,” kata kumpulan itu.

Dalam satu laporan yang diterbitkan awal bulan jni, WWF mendapati lebih 12 juta jerat yang dipasang mengancam hidupan liar dalam kawasan dilindungi di Kemboja, Laos dan Vietnam.

India baru-baru ini menerbitkan laporan status terkini harimau, yang memperincikan langkah yang diambil bagi memulihara haiwan itu.

Laporan itu membangkitkan amaran bahawa walaupun populasi bertambah, kebanyakan kawasan rizab harimau dan dilindungi, berada dalam wilayah lebih besar yang digunakan untuk tujuan ekologi tidak mampan, seperti perlombongan.

“Kebanyakan populasi harimau berada di kawasan dilindungi yang kecil, dan sebahagian berada di habitat koridor yang membenarkan pergerakan harimau,” jelas laporan itu.

Namun, kebanyakan habitat koridor itu tidak berada dalam kawasan dilindungi dan berisiko terhadap aktiviti manusia dan pembangunan.

Bancian yang dilakukan antara 2018 dan 2019, turut dimasukkan dalam Rekod Dunia Guinness awal bulan ini, sebagai kajian hidupan liar berkamera terbesar pernah dilakukan.

Kamera diletakkan di lebih 28,000 lokasi dalam kawasan seluar 381,400 kilometer persegi, iaitu kira-kira seluas Jepun, di habitat berhutan di 20 negeri di India.

Hasil kajian kerajaan itu yang diterbitkan tahun lalu, mendapati India memiliki 2,967 harimau liar, berbanding 1,411 ketika kajian pertama di lakukan pada 2006.

Ia menunjukkan populasi harimau bertambah enam peratus setahun antara 2006 dan 2018. – AFP

Sumber BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: