Teori Kamal Hatta: Shafie Afdal Mengharap Tuah ‘Snap Election’

Aku dah sebut dalam tulisan sebelum ini, Warisan Sabah bukan dapat mandat rakyat tapi menggunakan ‘Mandat Katak’.

Parti Warisan ini hanya menang 21 kerusi semasa PRU 14, apabila campur dengan kerusi PH iaitu PKR (2) dan DAP (6), Shafie baru ada angka 29 kerusi. Tak cukup angka ‘simple majority’ 32 daripada 60 kerusi untuk menjadi pemerintah negeri Sabah.

Aku tepek tulisan politik dari Facebook ini, aku nak tulis ilmiah sangat bukan expert. Kau orang baca yang bawah ini sampai habis.

Maka sahih sudah kedudukan politik semasa di Sabah, akan berlangsung ‘snap election’.

Sabah pernah berlaku ‘snap election’ pada tahun 1986, setelah setahun Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah berlangsung pada 20-21 April 1985.

Semasa PRN 1985, Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru dibentuk awal tahun tersebut oleh Joseph Pairin Kitingan telah memenangi 25 kerusi dan menumbangkan parti pemerintah Sabah sebelum itu, Parti Berjaya Sabah yang hanya memenangi 6 kerusi manakala satu lagi bekas parti pemerintah era 1960an, parti USNO menang 16 kerusi. Pasok menang satu kerusi.

PBS menang kerusi dalam angka majoriti mudah kerana waktu itu DUN Sabah mempunyai 48 kerusi. Majoriti mudah adalah 25 kerusi dan dua pertiga adalah 32 kerusi.

Dalam tempoh setahun pelbagai peristiwa politik yang menggugat kedudukan PBS telah berlaku. Anda boleh rujuk sejarah yang terjadi waktu itu. Sekadar ringkasan untuk tulisan ini, berlaku juga kekacauan. Ini termasuk usaha Usno untuk ‘merebut’ kuasa pemerintahan.

Joseph Pairin selaku KM Sabah telah mengusulkan pembubaran DUN Sabah dan pilihanraya mengejut diadakan pada 4-5 Mei 1986.

Langkah politik Joseph Pairin itu berjaya mengembalikan mandat yang lebih selesa dan selamat buat PBS menjadi pemerintah kerajaan negeri Sabah.

PBS telah memenangi 34 kerusi, iaitu melebihi angka dua pertiga (32 kerusi), parti pesaing utama USNO menang 12 kerusi, manakala Berjaya terus terbenam hanya memenangi satu kerusi. Sebuah parti lagi, Sabah Chinese Consolidated Party (SCCP) turut menang satu kerusi.

Apakah sejarah ini akan cuba diulangi oleh Shafie Afdal bersama Warisan?

‘Snap election’ yang bakal berlangsung nanti pasti menarik dalam suasana politik Malaysia yang kian dinamik. Orang awam akan terus pening memikir permainan politik yang terus menerus berlangsung.

Komen aku: Kau orang ingat Shafie Afdal berani? Sebenarnya dia sangat takut hilang kuasa, dan sangat lawak semasa sidang media nak umum bubar dun dia boleh ‘claim’ ada sokongan 45 adun!

Kalau ada 45 adun yang sokong, kenapa kau bubar dun? Itu maksudnya Shafie Afdal tak ada sokongan. Lepas tu kau nak cerita pasal mandat rakyat, sedangkan kau guna ‘mandat katak’. Kemudian kau kena sailang dengan ‘katak’ jugak!

Otak penyokong-penyokong PH & Warisan semua kena diperbetulkan dan patut diberi ubat supaya tak tepu membuntut saja cakap politikus. Kerajaan Warisan+PH inilah contoh awal ‘kerajaan tebuk atap’ atau ‘kerajaan pintu belakang’.

PH buat boleh dan halal. Tapi bila parti lain buat kau kata khianat mandat rakyat. Memang putar alam puak PH dengan Warisan ni bai!

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI. Ia adalah pandangan politik penulis.

Kamal Hatta, penulis bebas & Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: