RCEP dijangka dimeterai November tahun ini, kata Azmin

Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata, menteri perdagangan dan industri negara peserta RCEP sepakat untuk memeterainya menerusi keputusan yang dicapai pada 23 Jun lepas.

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka ditandatangani oleh negara yang menyertainya, termasuk Malaysia pada November ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kalangan menteri perdagangan dan industri negara peserta RCEP sepakat untuk memeterainya menerusi keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Maya Peringkat Menteri Antara Sesi RCEP ke-10 pada 23 Jun lepas.

Menurutnya, RCEP bakal menjadi perjanjian perdagangan bebas serantau terbesar serta meliputi hampir separuh penduduk dunia, selain menyumbang kepada 1/3 jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

“Selain itu Malaysia juga mengakui bahawa penyertaan India akan menyumbang kepada kemakmuran perdagangan serantau.

“Justeru Malaysia berpendirian terbuka sekiranya India mengambil keputusan untuk kembali ke meja rundingan,” kata beliau dalam ucapan penggulungan perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

India menarik diri daripada perjanjian perdagangan itu atas alasan bimbangkan kesepakatan itu mungkin menjejaskan industri domestiknya.

Mengulas mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) Azmin berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Jabatan Peguam Negara dan kementerian berkaitan masih giat menjalankan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk kerajaan negeri.

Menurutnya, ini menyusuli keputusan untuk meratifikasi perjanjian CPTPP yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 5 September 2018 tanpa menetapkan sebarang tempoh untuk memuktamadkan proses domestik bagi meratifikasi perjanjian berkenaan.

“Justeru, kerajaan perlu memastikan sebarang keputusan berkaitan CPTPP perlulah mengimbangi keperluan dan kepentingan negara, industri tempatan dengan pelabur-pelabur asing,” katanya.

Sehingga kini, CPTPP berkuat kuasa mulai 30 Disember 2018 di Australia, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand dan Singapura, manakala di Vietnam pada 14 Januari 2019. Selain itu beliau berkata, jumlah perdagangan Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 4.6% kepada RM1.835 trilion pada 2019, berbanding RM1.463 trilion pada 2015.

Lebihan dagangan pada 2019 mencatat nilai RM137.31 bilion, iaitu 1.5 kali lebih tinggi berbanding 2015 dengan nilai sebanyak RM91.58 bilion. Azmin berkata, sehingga 31 Mei 2020, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memberi khidmat fasilitasi kepada 86 syarikat asing dan tempatan beroperasi di China yang berminat untuk menempatkan semula aktiviti syarika terbabit di negara ini.

“Daripada jumlah ini, MIDA berjaya menarik sejumlah 32 projek dengan pelaburan bernilai RM17.5 bilion yang menyaksikan 28 projek (RM8.36 bilion) diluluskan, manakala 4 projek (RM9.14 bilion) sedang dalam proses penilaian,” katanya.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: