Rencana |Azmin-Zuraida terus bergerak ke depan, PKR kekal mengejar bayangan

Setelah lima bulan Perikatan Nasional berkerajaan dan kini memasuki bulan keenam (Ogos), rakyat Malaysia sudah melihat progres yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional khusus menanggani wabak Covid-19.

Ia bukan omongan politik tetapi kenyataan yang diakui oleh WHO dan banyak negara dunia akan keupayaan Malaysia menguruskan jangkitan wabak ini. Walaupun belum menang melawan Covid-19, Malaysia telah mencapai tahap sembuh 97 peratus.

Sesuatu yang sukar dinafikan oleh blok pembangkang (PH) dan sehingga kini pihak ini memainkan isu-isu yang tidak relevan dan tiada impak panjang kepada rakyat.

Ketegasan Muhyiddin Yassin sebagai PM untuk tidak terlibat atau mengganggu mahkamah dalam kes Najib Razak sangat dihargai rakyat dan kelompok politik. Sebelum ini, pembangkang giat menyatakan Najib Razak bakal ‘dibebaskan’ kerana sokongan Umno membentuk Perikatan Nasional. Namun sebaliknya berlaku dan mengejutkan kebanyakan politikus.

Lihat sahaja situasi politik yang dilalui oleh Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dilabel sebagai pengkhianat oleh PKR. Akan tetapi kedua-dua mereka ini terus bergerak ke depan tanpa menghiraukan kecaman tersebut.

Mereka berdua membuktikan gerak kerja memperkukuh dan menguatkan para penyokong dengan membentuk gerakan politik melalui NGO iaitu Penggerak Komuniti Negara, Pemuda Negara, Nation Of Women (NOW), Wanita Muda Penggerak Negara dan yang terbaru NGO Daya.

Gerakan melalui NGO ini dilihat telah berjaya mengekalkan sokongan dan memperkukuhkan kedudukan penyokong-penyokong Azmin-Zuraida yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hampir seluruh negara gerakan NGO ini telah diwujudkan. Jangan salah membaca, NGO-NGO ini melaksanakan tanggungjawab sosial disamping menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional.

Sejak bergerak aktif, ia menjadi ‘saingan politik dan gerak kerja’ kepada PKR sedangkan NGO-NGO ini tidak mempedulikan sebarang gerak geri politik parti tersebut. PKR telah mengeluarkan pekeliling rasmi melarang penglibatan anggota-anggota parti dengan NGO Penggerak Komuniti Negara. Secara langsung, tindakan PKR itu membuktikan kekuatan gerakan yang dijalankan oleh Azmin dan Zuraida. PKR sendiri tumpul usaha membuat gerakan sebegitu.

Semua orang tahu Zuraida Kamaruddin adalah menteri yang fokus kepada kerja-kerja KPKT sejak era PH lagi. Begitu juga Azmin Ali turut tumpu kepada peranan sebagai Menteri Kanan. Hal ini menjadi ‘situasi sakit hati’ kepada politikus-politikus PKR.

PKR harus berhenti mengejar bayangan Azmin-Zuraida kerana keadaan ini sudah menyerupai ‘kegusaran’ Najib Razak kepada pimpinan Umno yang menentang beliau dalam isu 1MDB. Umno bertindak memecat Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Tun M daripada parti.

Azmin dan Zuraida sudah pun disingkirkan dari PKR. Sepatutnya ketiadaan mereka berdua ini sudah memudahkan para pembenci Azmin dan ‘kartel’ merangka langkah baru yang lebih strategik. Akan tetapi situasi semasa kelihatan PKR gigih mengejar bayangan Azmin-Zuraida hingga macai-macai cytroo PKR menyerang di sosmed dengan isu-isu remeh tahap kebudak-budakan. Ia sudah sama seperti cytroo BN yang tolol berfakta.

Tumpuan PKR untuk ‘mencengkam’ kekuatan semata-mata di Gombak dan Ampang membuktikan mereka sendiri tidak ada keyakinan dan kekuatan sedia ada. Jika benar Gombak dan Ampang ‘wilayah PKR’, tak sepatutnya timbul ketakutan teramat sangat sehingga perlu memacak ‘signboard’ dengan slogan ‘Wilayah PKR’. Tindakan ini memang sudah menyamai BN.

Kelihatan juga beberapa pimpinan PH dan PKR menggunakan naratif ‘khianati mandat rakyat’ sebagai momokan politik. Namun pihak ini terlupa akan sejarah PRU-14 mandat di Kedah, Perak dan Sabah berdiri atas mandat adun lompat. Mereka lebih awal melaksanakan gerakan yang mereka wujudkan istilah-istilah sinis politik iaitu ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’.

Wabak Covid-19 yang berlaku telah memberi kelebihan besar kepada Perikatan Nasional. Rakyat lebih menyakini cara kerajaan semasa ini menangani wabak. PH sendiri gagal menghalang penularan walaupun WHO telah memberi amaran-amaran awal.

Azmin dan Zuraida akan terus dicemburui PKR, kerana iltizam dan kesungguhan kedua-dua tokoh ini terus bergerak ke depan lebih jauh berbanding PKR yang masih taksub menjadikan Anwar Ibrahim sebagai PM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: