Bukit Aman sahkan serbuan di pejabat Al Jazeera

KUALA LUMPUR – Bukit Aman hari ini mengesahkan mengenai satu serbuan telah dilakukan di pejabat media antarabangsa Al Jazeera di ibu negara.

Serbuan itu dilaksanakan oleh Pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pagi tadi.https://355b37fb5a7cb7260ff188af35bf8125.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pelaksanaan serbuan itu kepada MalaysiaGazette

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebarang rampasan atau sitaan barang dari pejabat media berkenaan yang berpengkalan di Qatar.

“Ya saya sahkan serbuan ke atas pejabat AlJazeera dibuat oleh Pasukan USJT bersama pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekitar jam 11.30 pagi tadi.

“Tunggu untuk butiran lanjut serbuan pejabat Al-Jazeera itu yang akan dikeluarkan oleh Pengarah JSJ, Komisioner Datuk Huzir Mohamed menerusi kenyataan rasmi sebentar lagi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: