Komuniti |MP Saratok Salur Peruntukan Kesejahteraan Rakyat
Kesibukan urusan kerja peringkat persekutuan tidak menghalang Yang Berhormat Timbalan Menteri Ali Biju turun menyantuni rakyat di Rumah Abu Bengang, Saratok, Sarawak baru-baru ini.

Beliau telah menyalurkan suntikan dana untuk kesejahteraan masyarakat setempat dengan RM35 ribu untuk membeli bahan binaan, RM20 ribu untuk JKKK dan RM6 Ribu untuk biro wanita.
Dalam masa yang sama YBTM turut menyerahkan Alat Pemadam Api kepada rumah panjang tersebut.

Penghargaan kepada Bomba Saratok, Jabatan Pendidikan Daerah dan IADA kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan kepada penduduk rumah panjang serta kepada Jabatan Penerangan dan pihak Polis Saratok yang telah memastikan program ini berjalan lancar.

_PPI