Politics |PAS sedia bertanding dalam PRN Sabah

KOTA KINABALU: PAS Sabah hari ini mengumumkan parti itu bersedia untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Aminiddin Aling berkata, parti itu mengenal pasti beberapa kerusi yang berpotensi untuk ditandingi.

“PAS Sabah sudah memuktamadkan beberapa kerusi pilihan dan selebihnya diserahkan kepada PAS Pusat untuk berunding dengan rakan politik lain.

“Sebagai gambaran awal, PAS sentiasa menonjolkan calon yang penuh karisma dan berintegriti serta mampu menjalankan amanah kepimpinan secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aminuddin berkata, parti itu akan mengambil pendekatan mesra dengan semua rakan politik, khususnya di Sabah dan perkara yang paling utama adalah mendapat kemenangan dalam PRN akan datang.

“Kami akan terus buktikan semangat setia kawan seperti yang dibuktikan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis sehingga berjaya mencapai kemenangan.

“PAS Sabah yakin seandainya semangat setia kawan ini diteruskan ia pasti akan membuahkan kemenangan yang sangat manis,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan minggu lepas bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 September ini.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: