Letupan di Beirut: Malaysia sedia hulur bantuan – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 5 Ogos  — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan kesediaan Malaysia untuk menghulurkan apa jua bantuan diperlukan Lubnan, selepas ibu negaranya digegarkan dengan letupan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 lagi cedera.

Beliau berkata kerajaan dan rakyat Malaysia bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu serta berdoa agar mereka tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

“Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu pagi tadi,” katanya dalam catatan terbaru di akaun Facebooknya.

Letupan yang berlaku kira-kira tengah malam Selasa waktu Malaysia dipercayai berpunca daripada kebakaran di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut yang dikatakan menyimpan bahan letupan.

Muhyiddin dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesyukuran selepas dilaporkan semua rakyat Malaysia di Beirut selamat.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: