Teori Kamal Hatta: PH pun ponteng sidang parlimen.

Selepas Najib Razak didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, PH sudah kehilangan modal politik. Bukan setakat PH yang bisu, Tun M pun terdiam, mereka sudah silap jangka kononnya Muhyiddin Yassin akan ‘backup’ dan bebaskan Najib.

Berderai modal PH. Aku tengok sehari dua ini, macai-macai cyber PH rajin menembak masuk komen Azmin-Zuraida. Semua isu sampah. Gagal nak ‘up’ kecuali kelompok pentaksub PH & Anwar Ibrahim. Mereka dah gila bayang Azmin-Zuraida. Aku dah cerita dalam tulisan lepas. Kau orang baca. Aku tak nak ulangsiar sini.

Hal yang aku nak cerita kali ini adalah ponteng hadir sidang parlimen. Semalam (5.8.2020-Selasa) MP PKR dari Tanjung Malim ada ‘up’ isu tak cukup korum kehadiran, minima 26 MP sesuatu sesi perlu hadir.

Mesti kau orang pun tak tau sangat cerita, jangan ingat sebab MP PKR Tanjung Malim yang sebut isu kira mereka baguslah. Semasa situasi itu berlaku semalam, ada 24 orang MP dalam sesi lewat petang, ketika itu sesi untuk Zuraida Kamaruddin bahas.

Baguslah MP Tanjung Malim ‘up’ isu, tapi dia mabuk ketum waktu itu agaknya. MP PH baru ada lapan orang berbanding 16 MP Perikatan Nasional. Kemudian selepas Speaker Dewan Rakyat minta masuk, barulah cukup korum. Itu pun yang dua MP tersebut dari Perikatan Nasional.

Soalnya, ke mana hilang sebahagian besar MP PH lain? Takkan lapan orang je? Tolak yang muslim atas alasan waktu maghrib, mana MP PH yang daripada DAP dan PKR yang bukan muslim masa itu?

Nampak benar mereka ini kaki ponteng sidang parlimen. Tak ubah perangai. Semasa jadi kerajaan pun, ramai MP PH yang ponteng.

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI

Kamal Hatta, adalah seorang penulis bebas & Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: