Disiplin Diri & Komitmen Menteri KPKT Hadir Awal Sesi Parlimen

Kelmarin heboh dalam sidang parlimen seketika apabila sesi perbahasan berlaku situasi tidak cukup korum yang telah dibangkitkan oleh MP Tanjung Malim.

Kebetulan ketika itu sesi ‘kepunyaan’ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin.

Sejumlah 26 ahli Dewan Rakyat diperlukan bagi angka minima memenuhi korum bersidang. Ketika situasi itu terjadi, ada 24 MP dengan lapan daripada MP PH, selebihnya MP Perikatan Nasional (16). Timbul isu ponteng hadir sidang parlimen oleh para Ahli-ahli Parlimen khususnya PH.

Namun sesuatu yang wajar menjadi teladan dan contoh terbaik adalah komitmen YBM Hajah Zuraida Kamaruddin untuk hadir lebih awal sebelum sesi bermula.

Hari ini (6.8.2020) Hajah Zuraida telah masuk ke Dewan Rakyat pada jam 9:15 pagi walaupun sesi bermula jam 10:00 pagi.

Komitmen kehadiran begini selalunya akan dikaitkan dengan disiplin diri dan sikap individu. Maka tak salah untuk mentakrifkan Hajah Zuraida adalah seorang wakil rakyat bertaraf menteri yang mempunyai disiplin tinggi dalam pengurusan dan komitmen masa.

Kata perumpamaan Melayu, ‘masa itu emas’. Ia seiring dengan terjemahan Surah Al-Asr; Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: