Rencana |Zakaria Abdul Hamid ‘memandu’ Finas ke jalan lurus

Semasa pengumuman rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBM Dato Saifuddin Abdullah pelantikan Pengerusi FINAS yang baru pada 23 Mei 2020 lalu, segelintir penggiat seni dan kumpulan politik membidas kewajaran lantikan Zakaria Abdul Hamid bagi menerajui agensi tersebut.

Zakaria Abdul Hamid

Antara kegusaran dalam kecaman dan bidasan yang dilontarkan lebih kepada ‘keupayaan’ dan ‘kefahaman’ orang politik tentang seni. Mereka khuatir arah tuju FINAS akan hanyut sekiranya ditadbir oleh orang politik.

Namun kebanyakan mereka tidak mengenali watak dan sikap Zakaria yang sinonim dipanggil ‘Zak’ oleh rakan-rakan politik. Orangnya bersifat tenang dan sentiasa tersenyum tanpa menyerlahkan sikap ‘angkuh politik’ yang biasa menyaluti diri politikus. Malah di kalangan rakan-rakan politik, beliau sangat disenangi oleh kebanyakan orang.

Langkah pertama yang telah dibuat oleh Zakaria dengan mewujudkan portfolio bagi tiap ahli lembaga pengarah FINAS untuk kecekapan urustadbir.

Beliau juga telah melantik semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksklusif (CEO) FINAS.

Dua bulan menerajui FINAS, program Ziarah Finas Prihatin antara yang memberi kesan dan sentuhan kepada penggiat-penggiat seni. Zakaria bersama tonggak pimpinan FINAS telah turun padang bertemu dan menziarahi artis-artis veteran, penggiat-penggiat seni yang uzur disamping menyampaikan sumbangan dan bantuan di seluruh negara.

Program ziarah tersebut telah merapatkan kembali hubungan antara FINAS dengan artis-artis dan penggiat-penggiat seni veteran. Isu kebajikan menjadi keutamaan buat golongan ini.

FINAS turut menyampaikan sumbangan kepada 10 artis veteran wanita, suatu penghargaan bermakna. Pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz antara 10 artis yang menerima sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melalui program Finas Prihatin menyifatkan bantuan itu sebagai ‘oksigen’ kepada artis veteran yang sesetengahnya sekian lama dilupakan dalam industri.

Satu lagi inisiatif yang telah digerakkan oleh Zakaria adalah suntikan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM7.2 juta untuk 23 syarikat bagi dana menerbitkan program tv dan dokumentari kepada produksi tempatan.

Zakaria telah membuktikan sentuhan beliau mewujudkan kecekapan urustadbir, keperihatinan kebajikan warga seni dan menggerakkan inisiatif-insiatif untuk industri seni tanahair.

Setakat ini, beliau sudah berjaya memandu arah tuju yang betul untuk FINAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: