Lim Guan Eng keluar dari ibu pejabat SPRM bagi hadapi pertuduhan di Mahkamah KL

07/08/2020 10:01 AM

PUTRAJAYA, 7 Ogos – Kenderaan yang dipercayai dinaiki bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 8.30 pagi tadi untuk membawa beliau ke mahkamah bagi menghadapi pendakwaan berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Kenderaan Proton SUV X70 yang dinaiki Lim diiringi kereta peronda polis dan motosikal pengiring.

Petugas media berkumpul seawal 7 pagi bagi mengikuti perkembangan kes Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lim ditahan SPRM kira-kira 9.30 malam semalam selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Lim akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 pagi ini mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan itu, Lim juga akan didakwa pada 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua pertuduhan di mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, kata SPRM.

SPRM turut mendapat izin daripada Peguam Negara untuk mendakwa Lim bagi kes berlainan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: