PM lancar kempen pembudayaan norma baharu pagi ini
MUAR, 8 Ogos — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, pagi ini.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri juga dijangka melancarkan Buku Pembudayaan Norma Baharu Komuniti yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM).
