Rencana |Kekal Semangat Di Bawah Bayu

Kedatangan Azmin dan Zuraida ke Negeri Di Bawah Bayu kali ini mendapat perhatian khusus pelbagai pihak termasuk ‘musuh politik’.

Musuh-musuh politik melancarkan serangan melalui cytroo lebih kepada gangguan mencemar imej Azmin dan Zuraida tanpa berani berhujah fakta. Setakat ini tahap serangan cytroo upahan hanya berupaya mencaci dan maki hamun dengan tujuan menarik perhatian masyarakat kepada isu tak relevan.

Namun hal ini tidak dipedulikan oleh Azmin dan Zuraida kerana mereka memahami orang politik akan ada ‘haters’ atau pembenci tegar. Kedua-duanya terus fokus melaksanakan peranan kepimpinan.

Berbeza dengan PKR, naratif Azmin dan Zuraida lebih menyeru kepada pengukuhan Perikatan Nasional dan muafakat politik tanpa perlu menyebut watak PKR atau Anwar Ibrahim. Ketika yang sama, PKR masih menggunakan ‘watak Azmin dan Zuraida’ sebagai modal mencetuskan semangat anggota-anggota PKR. Masyarakat boleh menilai sendiri ‘moral politik’ yang lebih positif.

Kehadiran Azmin dan Zuraida bertemu akar umbi di Sabah menunjukkan tanda-tanda positif dengan sambutan luarbiasa. Memang Azmin dan Zuraida mempunyai sokongan akar umbi di sana hasil pembinaan lampau semasa dalam PKR.

Gerakan bersepadu NGO Penggerak Komuniti Negara bersama Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Penggerak Negara di Sabah telah berjaya dihimpunkan sebagai bukti kekuatan dan kesediaan menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah di bawah jenama Perikatan Nasional.

Azmin dan Zuraida bukan politikus cabuk yang berfikir mendatar, kedua-duanya ada pemikiran strategik dan membaca tiap gerakan politik. Mustahil buat mereka tidak melaksanakan rancangan politik pengukuhan akar umbi dan Perikatan Nasional.

Musuh-musuh politik hanya berani ‘membakar jalanan’ melalui cytroo mereka dengan istilah-istilah kejian sahaja. Mereka tahu keupayaan Azmin-Zuraida dan watak kedua-dua ini wajar dirosakkan melalui ‘serangan caci-hina’ di media sosial.

Azmin dan Zuraida sudah meletakkan diri mereka sebagai pemimpin utama yang ada sokongan akar umbi. Mereka kini antara tonggak dalam politik tanahair. Sokongan mereka kepada kepimpinan Muhyiddin Yassin tetap sama dan kekal sepakat.

Agenda pengukuhan Perikatan Nasional di Sabah ini telah menerbitkan rasa khuatir segelintir musuh politik. Hanya masa menentukan kejayaan yang bakal disaksikan oleh rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: