Komuniti |JBPM Negeri Sembilan & PKN Negeri Sembilan Meraikan Kerjasama
Selepas berlangsung beberapa pertemuan rasmi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dengan pimpinan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan sebelum serta kejayaan Program Korban Perdana, keakraban kerjasama dan komunikasi kedua-kedua pihak terus berkesinambungan.
Hari ini, Pengarah Bomba Negeri Sembilan Tuan Haji Hamdan Ali bersama pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Sembilan telah turun ke Pekan Air Mawang, Johol untuk meninjau tahap kerosakan akibat kebakaran yang melibatkan lapan unit rumah kedai.

Ia turut disertai oleh Ketua Nation Of Women (NOW) Negeri Sembilan, Puan Siti Fatimah Amir.
Tuan Haji Hamdan selepas itu bergerak ke Kampung Nerambai di Lubok China, Linggi untuk melawat ke rumah terbakar di situ. Timbalan Pengerusi PKN Negeri Sembilan, Rosman Jonet turut serta mengiringi lawatan tersebut.

_PPI