PDRM Serbu Premis Judi Bandar Baru Sungai Buloh Dua Minggu Lepas

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh telah melakukan serbuan premis perjudian sekitar Bandar Baru, Sungai Buloh dua minggu lepas.

Beliau berkata, setiap serbuan yang dilakukan diperingkat IPD akan dilaporkan kepada kontinjen dan ini termasuklah serbuan terbaru pada Sabtu lepas.

“Ada (serbuan 2 minggu lepas) semua sekali. Serbuan sebelum ini hinggalah baru-baru ini.

“Kita juga akan menyemak semua laporan yang dihantar ke pihak kontinjen, laporan pemeriksaan, serbuan-serbuan yang dilakukan.. bukan sahaja di Sg Buloh, kami semak semua laporan yang diterima di kontinjen Selangor. Kita terima semua laporan dari IPD”, katanya kepada Bernama TV

Beliau turut mengesahkan pemilik video tular yang dikenali sebagai ‘Asri Janggut’ tidak pernah membuat aduan di peringkat kontinjen.

Bagaimanapun beliau berterima kasih kepada individu tersebut yang telah mendedahkan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di negeri Selangor.

“Kami berterima kasih kepada beliau telah membawa perkara ini ketengah,” katanya.

—BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: