Politik |Tiada bahagian Bersatu yang dibubarkan – Mohd Redzuan

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menegaskan tiada bahagian parti itu yang dibubarkan pada masa ini.

Beliau berkata, bahagian yang Ahli Jawatankuasanya (AJK) mengumumkan keluar parti tidak terbubar, sebaliknya ia masih berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Tidak timbul isu pembubaran bahagian kerana mengikut perlembagaan parti, kalau AJK Bahagian berhenti atau diberhentikan, bahagian itu tidak terbubar.

“MPT boleh melantik (AJK baharu) atau memastikan bahagian itu tetap wujud, mana-mana pihak yang kononnya mengatakan bahagian itu bubar adalah orang yang tidak memahami perlembagaan parti,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.

Beberapa pemimpin termasuk ketua bahagian dan AJK parti khususnya di Selangor mengumumkan keluar parti dipercayai mahu menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) menyifatkan mereka yang keluar daripada parti itu adalah golongan terpencil. Tambahnya, sebahagian besar ahli parti masih bersama dengan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana parti itu tetap berpegang kepada perjuangannya sewaktu ditubuhkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Bersatu mungkin akan melakukan pindaan terhadap perlembagaan parti itu bagi memansuhkan jawatan pengerusi.

“Kalau kita perlu pinda perlembagaan, kita akan pinda dalam mesyuarat agung khas atau pada bila-bila masa kerana kita dah nampak masalah, perlu ada seorang kapten sahaja dalam sebuah kapal,” katanya.

—BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: