Saifuddin mohon maaf secara terbuka berhubung isu lesen Finas

ISKANDAR PUTERI, 9 Ogos  —  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan permohonan maaf kepada pengguna media sosial atas kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini. 

“Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat.

“Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam),” katanya.

Beliau berkata selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah bincang perkara itu di Kabinet dan Kabinet putuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan.

“Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya,” katanya.

Saifuddin membuat permohonan maaf itu ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, di sini, hari ini.

Kejujuran beliau itu disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh lebih 200 hadirin pada majlis berkenaan termasuk Youtuber atau penggiat YouTube popular Mat Dan dan Tuah Adzmi.

Kedua-dua mereka antara selebriti YouTube yang diundang sebagai panel dalam program itu yang bermula hari ini hingga esok.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu bertujuan mendedahkan bakat muda dengan ilmu media baharu khususnya YouTube dalam menjana pendapatan.

Pada 23 Julai lalu,  Saifuddin menjadi topik hangat warganet apabila dilaporkan berkata penerbit filem termasuk media baharu seperti YouTube diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), bagi penerbitan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Kenyataan beliau itu mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya generasi muda yang merupakan pengguna majoriti media sosial.

— BERNAMA 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: