Hans Jumpa Anwar Tawar Diri Bertanding & Jawatan Menteri?

Khabarnya seorang pelakon popular suatu masa dulu telah bertemu Anwar Ibrahim baru-baru ini. Masih tak tau lagi sejauh mana kebenaran khabar ini. Ia semacam ‘tanya sama pokok, apa sebab goyang’.

Khabar itu berbunyi yang pelakon ini telah menyatakan hasrat untuk menjadi calon PRU15 di Ampang melawan Zuraida Kamaruddin. Paling ‘best’ dia juga bercita-cita menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia sekiranya menang mengalahkan Zuraida!

Namun begitu, pelakon ini harus ukur baju badan sendiri. Semasa dia menjadi Pengerusi FINAS semasa era PH lantikan Menteri DAP, dia gagal melaksanakan tanggungjawab khusus menjaga kebajikan artis-artis dan penggiat-penggiat seni.

Sekumpulan penggiat seni mendesak Hans Isaac meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana mendakwa beliau mempengaruhi keputusan menteri dan mengganggu tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Nor berkata, industri itu memerlukan individu yang neutral untuk menerajui Finas.

Tekanan tersebut berlaku pada penghujung tahun 2019. Bagaimana pelakon ini mampu menggalas tanggungjawab dan peranan politik sedangkan dia gagal memimpin agensi kerajaan?

Hans juga bintat apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah melantik orang politik iaitu Zakaria Abdul Hamid sebagai Pengerusi FINAS sebagai pengganti beliau pada 25 Mei lalu.

Akan tetapi pilihan Menteri KKMM itu tepat dan dalam tempoh dua bulan ini, Pengerusi FINAS baru ini telah berjaya memulihkan hubungan dan merapatkan kembali FINAS dengan artis-artis veteran dan penggiat-penggiat seni tanahair ditambah lagi Zakaria turut menyalurkan sumbangan kebajikan dan suntikan dana seni.

Ini yang paling gagal dilaksanakan oleh Hans sepanjang menerajui FINAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: