Berita Ringkas |Ops Noda-17 Wanita Warga Asing Tawar Khidmat Seks Ditahan
11 Ogos, Kuala Lumpur: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, SAC Mohd Zani Che Din berkata 17 wanita warga asing telah ditahan kerana menawarkan perkhidmatan seks.
Mereka yang berusia 17 hingga 38 tahun itu ditahan melalui Op Noda dan pemantauan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di tiga premis iaitu di Jalan Klang Lama, Jalan Mega Mendung dan Jalan Kuchai 13, bermula jam 5.50 petang semalam.
—BERNAMA