Berita Ringkas |Penguat kuasa MBSA direman 7 hari
PUTRAJAYA: Empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang individu dipercayai penjual rokok seludup, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Ogos ini.
Majistret, Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan perintah reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di hadapannya kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Semua yang ditahan reman bermula pagi ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. BH ONLINE