Peruntukan Tambahan SWCorp Untuk Kelestarian Rakyat, Bukan ‘Overspent Rate’

PKR masih mengejar bayangan Azmin-Zuraida, seakan parti ini tidak mampu melarikan diri daripada watak kedua-dua tersebut.

Ini yang berlaku kepada MP Subang, Wong Chen yang mahu menyungkit isu ‘overspent rate’ Menteri KPKT dalam ciapan twitter terbaru beliau.

Mungkin buat MP yang tidak berada dalam situasi menggalas tanggungjawab dan tugasan sebagai menteri, serta tiada pengalaman sebagai ‘pentadbir pemerintahan’ amat mudah melontar, membidas dan mengecam berperisaikan istilah ‘check and balance’.

Pengurusan pembersihan sampah dan sisa pepejal memerlukan suatu peruntukan besar untuk diuruskan secara cekap dan teliti. Tak mustahil Wong Chen akan membidas menteri dalam parlimen sekiranya sampah atau sisa buangan di kawasan beliau tidak dikutip selama tiga hari.

Menyebut tentang peruntukan tambahan yang dimaksudkan sebagai ‘overspent rate’ oleh Wong Chen, ia adalah meliputi tambahan kawasan pembersihan di bawah seliaan SWCorp.

Secara hakikatnya, SWCorp merupakan sebuah badan yang menyelia aktiviti pembersihan domestik termasuk ‘green waste’ dan sampah pukal. Pertambahan kawasan adalah disebabkan kesan pembangunan pesat yang berlaku di kawasan-kawasan perbandaran atau metropolitan.

Jika ingin melihat kerangka besar, Wong Chen perlu membawa sekali pertumbuhan kawasan baru yang telah digezetkan kepada SWCorp untuk diselenggara. Begitulah unjuran yang tepat untuk dibandingkan.

Tuduhan melulu kepada YB Menteri memperlihatkan wakil rakyat PKR sudah ketiadaan modal polotik yang padu untuk dibahaskan dalam parlimen.

Selain daripada itu, beliau juga lemah mengenal pasti isu pokok sebab musabab ianya berlaku sedemikian.

Saluran peruntukan berkaitan adalah untuk kelestarian rakyat. Mengapa perlu dipertikaikan tanpa soal selidik?

Nampaknya Wong Chen sudah hilang ‘kebijaksanaan’ berfakta.

Shazlee Nazlee
BOD SWCorp

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: