Penamaan Calon PRK DUN Slim Hari Ini
TANJUNG MALIM, 15 Ogos– Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bermula hari ini, dengan tumpuan kepada pengumuman rasmi calon yang akan bertanding di DUN itu.
Proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini akan bermula pada 9 pagi ini dengan bakal calon diberi tempoh sejam sehingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan. BERNAMA
