PRK Slim: Pertembungan Tiga Penjuru
TANJUNG MALIM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
Pegawai Pengurus pilihan raya, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.35 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini, ditutup pada jam 10 pagi.
Calon BN merupakan anak tempatan Slim, Mohd Zaidi Aziz, 43, yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim bagi mempertahan kerusi berkenaan.
Seorang lagi calon adalah peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang bertanding atas tiket Bebas mewakili kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seorang lagi calon Bebas, Santhara Sekaran Subramaniam, 42. BH ONLINE