Rencana |Pakatan Harapan Sudah Hilang Keyakinan?

Sudah dua PRK Pakatan Harapan tidak meletakkan calon bertanding walaupun sebelum itu ada pemuka-pemuka gabungan ini membuat kenyataan awal bakal meletakkan calon.

Sesudah gabungan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada 29 Febuari lalu, telah berlaku dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu Chini dan Slim.

Selepas gabungan Pakatan Harapan dijatuhkan, pemuka-pemuka gabungan ini giat memainkan naratif ‘Mandat Rakyat’ dikhianati dan bertekad untuk merampas kembali pada penghujung Julai lalu tetapi itu sekadar menjadi retorik politik Anwar Ibrahim dan Mat Sabu.

Akan tetapi yang telah adalah pergolakan dalam Pakatan Harapan itu sendiri mencari calon PM-9, walaupun mereka menyedari tertipu dengan kelicikan politik Tun Dr Mahathir masih tetap mencuba membentuk pakatan baru dinamai PH Plus tanpa melibatkan Parti Keadilan Rakyat.

Gelagat dan laungan politik Pakatan Harapan untuk mengembalikan mandat rakyat menjadi jenaka. PKR sendiri menarik diri tidak menyertai PRK Chini walaupun awalnya Pengerusi PKR Pahang tersangat yakin mampu memenangi Chini.

Begitu juga dengan PRK Slim, apabila Pengerusi PKR Perak menyatakan kesediaan bertanding di dun tersebut. Kemudian Parti Keadilan Rakyat Perak tidak menyertai PRK tersebut.

Kedua-dua Pengerusi PKR negeri ini menggunakan alasan ‘wabak Covid’ dan PKP. Tetapi PKR hendak pula terlibat dalam PRN Sabah apabila Shafie Afdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah beberapa minggu lepas.

Parti Keadilan Rakyat tidak pernah tercicir bertanding pilihan raya di dun Chini sejak tahun 1999, malah parti ini memenangi Chini dengan majoriti tipis sebanyak lima undi pada PRU-10 tahun 1999. Ketika itu tekanan politik begitu memuncak antara Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Parti Keadilan Rakyat waktu itu masih bertaraf parti pembangkang paling muda. Mereka menang di Chini.

Apa sudah jadi PRK Chini yang berlangsung bulan lepas? Ketiadaan Parti Keadilan Rakyat untuk meletakkan calon sudah boleh diduga bahawa parti tersebut tidak punya keyakinan meraih undi signifikan sebagaimana PRU-14. Parti ini jelas hilang sokongan dan populariti di kawasan luar bandar, kawasan Felda dan kawasan majoriti Melayu.

Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat hanya ‘berupaya’ mempertikaikan jumlah perolehan undi calon Barisan Nasional dari Umno yang meraih majoriti selesa. Tetapi untuk masuk bertanding mereka kecut dan tiada keyakinan. Situasi ini membuktikan ‘kegagahan’ Pakatan Harapan meraih undi besar rakyat sudah pudar.

Pakatan Harapan mahu mencuba nasib dan menguji tahap sokongan mereka sekiranya PRN Sabah dibenarkan berlangsung bergantung kepada keputusan mahkamah pada 17 Ogos 2020 nanti.

Rakan sekutu Pakatan Harapan iaitu Parti Warisan Sabah juga kini menghadapi krisis keyakinan politik akibat ‘kegopohan’ Shafie Afdal sendiri. Sekali lagi pemuka-pemuka Pakatan Harapan menggunakan naratif ‘mandat rakyat’ dikhianati sedangkan gabungan Warisan dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan melalui ‘mandat katak’ iaitu wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang melompat menyertai Warisan dan Bersatu.

Situasi semasa sebelum ini dengan ketegasan Muhyiddin Yassin untuk tidak mencampuri keputusan mahkmah menjatuhkan hukuman ke atas Najib Razak telah membunuh modal besar Pakatan Harapan. Muhyiddin dan Perikatan Nasional telah berjaya membuktikan bahawa keluhuran undang-undang tetap ditegakkan.

Apakah sentimen emosi akibat penahanan Lim Guan Eng dan isteri beliau akan mampu menyentuh perasaan rakyat Sabah?

DAP bukan parti besar di Sabah dan belum pernah dalam sejarah penglibatan pilihanraya di Sabah parti ini mampu memperolehi lebih daripada 10 kerusi dun. Oleh itu, sentimen LGE ini setakat berjaya di kawasan-kawasan bandar majoriti Cina sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: