Berita Ringkas |Ingkar #PKPP: 235 individu ditahan – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Seramai 235 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya daripada jumlah itu, 15 individu telah direman manakala 220 individu pula dikenakan kompaun.