Berita Ringkas |Kerajaan sudah siap sedia sepenuhnya pergerakan rentas sempadan M’sia-S’pura esok – Wee
JOHOR BAHRU, 16 Ogos — Kerajaan sudah bersiap sepenuhnya bagi pergerakan rentas sempadan antara Malaysia-Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), mulai esok.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata Wisma Putra dan pihak berkuasa Singapura telah melakukan perbincangan teliti sebelum mencapai persetujuan pembukaan sempadan.