Hafizh Syahrin kemalangan di Austria

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, mengalami kemalangan ngeri dalam perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring sebentar tadi.

Insiden yang menimpa pelumba Aspar Team itu berlaku di selekoh pertama pusingan keempat selepas pelumba pasukan Italtrans Racing Team, Enea Bastianini, terlebih dahulu terjatuh dan jenteranya tertinggal di tengah-tengah litar.

Malang buat Hafizh Syahrin, yang sedang memecut selepas memintas beberapa pelumba lain, apabila gagal mengelak jentera di tengah-tengah litar berkenaan.

Pelumba negara itu kelihatan melambung tinggi dan kedua-dua jentera yang bertembung itu berkecai sebelum bendera merah dikibarkan.

Doktor dan pegawai perubatan bergegas ke lokasi kemalangan bagi memberikan bantuan awal kepada Hafizh Syahrin sebelum dia dikejarkan ke pusat perubatan dengan Ambulans.

Komisar perlumbaan memberikan pengesahan awal bahawa semua pelumba yang terlibat berada dalam keadaan sedar. ASTRO ARENA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: