Politik |Notis Tuntutan Saman PKR Tidak Bermakna

Bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan telah menerima notis tuntutan saman daripada PKR pada Selasa lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan itu yang kini merupakan ahli parti Bersatu menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung notis tersebut.

“Surat itu tidak bermakna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 2 di sini hari ini.

Julai lepas, Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dilaporkan berkata parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada kesemua 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bertindak keluar PKR dan menuntut setiap mereka membayar RM10 juta kepada parti tersebut.

Selain Zuraida, Menteri Kanan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali antara yang turut tersenarai akan menerima notis itu.

Ditanya mengenai status penyertaannya dan 18 lagi bekas wakil rakyat PKR yang telah menyertai Bersatu, Zuraida berkata perkara itu akan diumumkan secara rasmi pada satu majlis pada 22 Ogos ini.

“Seperti yang pernah disebut sebelum ini, kami adalah sebahagian daripada Bersatu, malah di Parlimen pun kami rujuk diri kami sebagai Bersatu. Cuma dari segi keformalan sahaja belum buat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas pertubuhan parti politik baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Zuraida berkata Malaysia mengamalkan demokrasi dan semua rakyat mempunyai hak menubuhkan apa-apa parti politik.

Pada 7 Ogos lepas, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti itu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.

  • Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: